Arinie cuaca mendung
Menunjukan nk hujan
Dan entah mengapa hatiku turut merasa mendung
Air mata ku juga terasa mahu turun
Ya, ia sudah pun hujan di KL
dan air mataku mula membasahi muka ku
Walaupun cuba ku halangi
Ia tetap mengalir lebih deras daripada biasa
Hatiku tetiba rasa kosong
Persis hari dia meninggalkan aku setahun yang lalu
Ku teringatkan tentangnya
Dan ia berulang walau ku cuba menghentikannya
Ku rindu waktu itu
Ku rindu dia
Ku berharap dia pun begitu
Walau ku tau ia tidak seperti ku inginkan
Setelah ku pegi
Kau memainkan lagu 'Hanya Kau Yang Mampu'
Setelah ku kembali
Kau memainkan lagu 'Kau Aku'
Pabila ku rindu kau
Ku memainkan lagu 'Lagu Kita'
Pabila kau pegi dan ku tahu kau tidak akan kembali lagi
Ku memainkan lagu 'Pergi'
Betapa pelik hubungan kita ini
Sering berkait dengan lagu-lagunya
Ku tidak tahu kau ini cinta pertama aku atau tidak
Tpi aku merindu dan memcintaimu lebih dari yang laen
Hujan semakin lebat
Air mataku semakin deras
Hatiku begitu sakit
Kenangan bermain di kepalaku
Segalanya kosong
Semuanya sepi
Ku keseorangan lagi
Menghadapi kesedihan ini
Hari ini hari yang indah
Kau mungkin lupa
Ku tahu
Kau lupa... segalanya..
Hujan semakin reda
Air mataku semakin kering
Ku berharap ia adalah air mataku yang terakhir untuk mu
Ku ingin melepaskn mu
Setibanya hari esok
Aku akan melupaimu sedikit demi sedikit
Melepaskanmu sedikit demi sedikit
Dan meninggalkan ruang kesedihan nie sedikit demi sedikit
Walupun ia susah
Tpi aku akan cuba
Aku akan berhenti menunggui dirimu
Aku akan berhenti berharap mengenaimu
Hari semakin cerah
Aku dapat melihat matahari menyinar
Dan seperti itulh aku akan senyum dan bergembira
Terima kasih atas segalanya
Selamat Tinggal akhirnya..
No comments:
Post a Comment